HULU SELANGOR: Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata cadangan berkenaan tidak mudah untuk dilaksanakan kerana pengurusan kes jenayah syariah turut melibatkan bantuan daripada agensi pusat antaranya polis bagi tujuan penahanan dan Jabatan Penjara untuk pemenjaraan.
"Negeri ada polis sendiri? Penjara sendiri? Siapa sebat?... Nak hukum orang pun banyak undang-undang di bawah agensi kerajaan pusat. Jadi, perlu lihat secara menyeluruh bukan sekadar cakap tapi tidak tahu siapa pelaksananya...jadi macam-macam pertikaian.
"Kalau nak laksana pun, perlu pindaan menyeluruh kepada undang-undang sedia ada termasuk kuasa di peringkat kerajaan negeri kerana kita negara merdeka, ada akta dan perlembagaan, ada senarai bidang kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke bangunan Mahkamah Kuala Kubu Baharu di sini hari ini.
Azalina mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam mengenai kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak dan ia sebagai usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di negeri itu.
Sementara itu menyentuh mengenai lawatannya, Azalina berkata beliau telah diberi penerangan mengenai pembinaan bangunan baharu Mahkamah Seksyen Sivil di sini yang dijadual siap Jun ini.
"Kita juga hari ini berbincang untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dan perisian terkini bagi melancarkan proses di premis mahkamah.
"Kita perlu fokus pada 2025, (dan) dalam belanjawan (kita) kena tengok soal latihan dan penggunaan teknologi kerana negara maju dah mula guna jurubahasa AI (kecerdasan buatan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Datuk Seri Azalina Othman Said ketika bertemu pengamal media selepas lawatan kerja bagi meninjau kerja-kerja menaik taraf dan memulihara bangunan Mahkamah Kuala Kubu Bharu hari ini. - Foto BERNAMA
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
Platform MyMudah lonjakkan pertumbuhan ekonomi Terengganu
Kerajaan Negeri Terengganu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti peraturan melalui pelaksanaan platform MyMudah.
Kerajaan Terengganu bayar RM472.78 juta hutang persekutuan - MB
Pada 2019, jumlah hutang yang dibayar ialah RM425.70 juta melalui pemotongan 25 peratus bayaran Wang Tunai Petroleum.
Pengurusan sisa: Terengganu kerjasama dengan Alam Flora
Daerah Kuala Terengganu dipilih untuk penilaian lanjut sebelum membentuk kerjasama dengan Alam Flora.
Terengganu sampaikan insentif lebih RM80,000 kepada pemenang pingat Sukan SEA Vietnam
Insentif melibatkan wang tunai RM4,000 bagi pemenang pingat emas, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) dalam kategori individu.
Sijil vaksinasi palsu: Kerajaan Terengganu pantau, ambil tindakan penjawat awam
Kerajaan Negeri Terengganu akan memantau dan mengambil tindakan sekiranya terdapat penjawat awam negeri yang didapati memiliki sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu.
Program anak susuan patuh syariah di Terengganu bermula tahun hadapan
Pada peringkat permulaan kerajaan negeri mensasarkan 30 hingga 40 wanita untuk menjadi ibu susuan.
Penjawat awam diacu pisau, disamun ketika menunggu lif
Ketua Komunikasi Korporat sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu disamun dan diacu menggunakan pisau, malam tadi.